Papar Dokumen

PROGRAM EDAR BUBUR LAMBUK
28 August 2018 admin

6 Jun 2018, Rabu. Acara menyediakan bubur lambuk dimulakan pada jam 8pagi, disertai oleh barisan pengurusan, guru - guru, serta para pelajar Maahad Tahfiz Sains Darulaman.

Bubur lambuk hasil tangan Maahad Tahfiz Sains Darulaman mula diedarkan disekitar Daerah Kulim. Antaranya Klinik Kesihatan Kulim, Pejabat Zakat, Rumah Anak Yatim Bedaya, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Pasukan Gerak Khas 2, Rejimen 512 Askar Wataniah, Dan Jabatan Kerja Raya.

Semoga Ramadhan 1439 ini membawa lebih banyak kejayaan kepada seluruh umat Islam.