Papar Dokumen

Visi dan Misi
25 February 2018 muslimz

Visi

Menjadikan MTSD sebagai sebuah institusi pendidikan terunggul dalam bidang Tahfiz & Sains di Malaysia

Misi

Menyediakan pendidikan berkualiti untuk melahirkan huffaz yang bersahsiah terpuji yang menguasai pelbagai disiplin ilmu.

Matlamat

  1. Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam supaya lahir sebagai professional yang beriman, bertakwa dan beramal dengan ajaran Islam serta mempunyai daya tahan terhadap cabaran dunia moden.
  2. Mewujudkan iklim yang kondusif melalui persekitaran yang sihat, selamat, ceria dan bersih untuk merangsang kecemerlangan.
  3. Membentuk generasi pelapis kepimpinan yang berketrampilan dan berpengetahuan.
  4. Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti supaya dapat mengembangkan potensi dan bakat mereka.
  5. Mewujudkan jalinan dan jaringan bestari dengan institusi dan organisasi lain.
  6. Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dalam kalangan warga MTSD.

Motto

“Ke Arah Profesional Bertakwa”