Papar Dokumen

Sejarah Penubuhan
25 February 2018 muslimz

Maahad Tahfiz Sains Darul Aman telah diletakkan asasnya bermula pada awal tahun 2011. Merupakan hasil cetusan idea YAB Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman pada ketika itu. Beliau telah memberikan kepercayaan dan  tanggungjawab ini kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah ( JHEAIK )  untuk mengkaji dan menubuhkan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman. Setelah itu pihak JHEAIK menghantar beberapa orang pegawainya untuk melawat dan mengkaji beberapa Maahad Tahfiz Sains yang telah ditubuhkan di beberapa negeri di Malaysia. Maka bermula pada pertengahan 2011, kerajaan negeri telah bersetuju untuk mewujudkan MTSD di Pulau Tuba dan mula beroperasi pada tahun 2012 di kampus sementara Kulim, Kedah.  Pentadbiran MTSD diletakkan dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Pada penghujung tahun 2011, proses pengambilan guru, staf dan pelajar telah diadakan. Ia dimulakan dengan pengambilan guru seramai 9 orang dan seorang pengetua serta seorang staf. Pendaftaran pelajar pertama diadakan pada 5 Januari 2012. Kerajaan Negeri amat mengambilan berat perjalanan dan pembangunan ke arah kecemerlangan MTSD.

Pada 16 Februari 2012, Majlis Pecah Tanah untuk kampus Pulau Tuba telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar sendiri. Setelah proses peralihan kerajaan baru tahun 2013, kerajaan negeri ketika itu telah mengkaji semula dan mengambil keputusan untuk mengekalkan kampus MTSD di Kulim dan membina bangunan tambahan seperti blok pendidikan, asrama, dewan makan dan surau.

Pada penghujung tahun 2014, kerajaan negeri telah bersetuju untuk meletakkan MTSD di bawah pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah bermula Januari 2015. Proses pengambilalihan berjalan lancar dan kini MTSD berada dibawah pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud dengan  pengetua baru yang dilantik oleh pihak Lembaga Maktab Mahmud.

Sepanjang perjalanan MTSD bermula dari awal penubuhannya  banyak melakarkan kejayaan dalam setiap aktiviti yang disertai bermula dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat kebangsaan.