Papar Dokumen

Dari Meja Pengetua
25 February 2018 muslimz

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya dapat saya merakam sepatah dua kata sebagai renungan kepada pelawat laman web kami ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada Unit ICT Maahad Tahfiz Sains Darulaman di atas kejayaan  menghasilkan laman sesawang yang sangat bermakna kepada sekolah ini.  Laman ini bertujuan sebagai wahana atau penghubung warga sekolah dengan masyarakat, sektor pendidikan dan dunia amnya. Selain itu, laman ini juga dapat memberi informasi mengenai sekolah dan sebagai satu medium bagi para guru dan pelajar melibatkan diri dalam bidang teknologi maklumat (IT) Dengan lahirnya laman sesawang ini, sudah tentu ianya akan menagih usaha dan kesungguhan semua pihak

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pihak PIBG sekolah ini, yang telah mengorak langkah untuk membangunkan laman bagi Mahaad Tahfiz Sains Darul Aman ini. Saya berharap laman ini dapat mewujudkan pendidikan maya dan informasi yang berguna kepada semua komuniti dan secara tidak langsung akan memberi impak kepada pembangunan negara

Dalam usaha merealisasikan visi dan misi MTSD, Keikhlasan dan pengorbanan para guru tidak ada kayu pengukur yang mampu menilainya. Namun kecemerlangan dan keluhuran sahsiah para pelajar merupakan ganjaran yang paling berharga Namun, kecemerlangan akademik sahaja masih belum cukup untuk digelar pelajar cemerlang kerana kejayaan yang sebenar adalah hebat dari segi akademik, akhlak dan sahsiah yang mulia. Saya berharap agar pelajar sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan kerana tiada jalan pintas untuk menjadi orang yang berjaya dan dihormati.

Akhir sekali sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya guru, pelajar, ibu bapa dan semua warga Maahad Tahfiz Sains Darulaman akan membuahkan hasil yang kita harapkan, insya-Allah.

Sekian, terima kasih.