Papar Dokumen

Majlis Penutup Kejohanan Sukan Maahad Tahfiz Sains Darulaman 2018 (KESUMAD'18)
25 February 2018 muslimz

24 JANUARI 2018 - Rabu. Majlis Penutup Kejohanan Sukan Maahad Tahfiz Sains Darulaman berlangsung dengan cukup meriah setelah 2 minggu pelbagai acara sukan dipertandingkan.

Majlis penutup KESUMAD'18 dimulakan seawal jam 8 pagi dengan acara Bola Tampar B-15 dan B-18 bagi pelajar putera dan puteri. Seusai tamat, majlis bersambung pula dengan pertandingan tarik tali antara rumah sukan yang disertai oleh para pelajar dan guru.

Tepat jam 11 pagi, perarakan masuk kontinjen rumah sukan disusuli dengan ucapan aluan Tuan Pengetua MTSD, Ustaz Hasbullah Bin Zakaria seterusnya YDP PIBG, Dr. Asri Bin Selamat bagi merasmikan majlis yang gilang gemilang ini.

Seterusnya, bagi merasmikan penubuhan kelab baharu, iaitu, Kelab Memanah, barisan pentadbiran dan VIP majlis dijemput untuk memanah ke papan sasaran sebagai gimik perasmian penubuhan kelab tersebut.

Tepat jam 11.30 pagi, acara yang di tunggu-tunggu telah pun tiba iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang dan seterusnya pengumuman juara keseluruhan Kesumad 2018. Rumah Sukan Usamah telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi KESUMAD'18

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan jutaan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja MTSD yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini.