Papar Dokumen

Majlis Munajat Kecemerlangan Siri 1 2018
25 February 2018 muslimz

18 Januari 2018 – Khamis. Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Maahad Tahfiz Sains Darulaman dan juga para waris di atas komitmen yang diberikan bagi menjayaan Majlis Munajat Kecemerlangan 2018.

Majlis ini bermula secara rasminya dengan alunan zikir munajat oleh kumpulan Qasidah Maahad Tahfiz Sains Darulaman dan disusuli dengan bacaan yasin diketuai oleh Ustaz Mohamad Haniff Bin Yusof. Tepat jam 12 tengahari, tibalah masa untuk tuan pengetua memperdengarkan amanat dan nasihat serta pengumuman keputusan SMAMM 2017. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ceramah motivasi bertajuk kecemerlangan anak – anak dan ibu bapa yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Subri Yahaya. Majlis kemudian, disusuli dengan solat zuhur dan solat sunat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Amree Bin Abdul Razak.

Diharap agar majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara waris, guru, dan pelajar untuk mencapai matlamat yang sama iaitu, kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

“the stain of ink on clothes is the trademark of scholars” – Abdullah Ibn Mubarak